Saturday, 30 September 2017

Makanan

Kenapa post saya kali ni bertajuk "Makanan" ?😕

Haa biasalah bila duduk asrama ke, universiti ke, siape pun akan selalu guna istilah "lapar". Tipulah kalau takde. Dalam almari, mesti ada banyak stok makanan. Maggi, biskut, air mineral, air kotak, semua ada. Maggie tu yang penting. Kalau tak de Maggi, maka tak lengkaplah hidup sebagai pelajar 😂

Ceritanya kali ni, saya ikut kawan saya pergi cari seluar untuk kem PALAPES dia nanti. Saya? Saya tak masuk PALAPES, saya ikut untuk beli makanan je😁





Haa tu baru sikit tu. Belum yang dalam bag lagi. Kan hari Sabtu memang tak disediakan plastik. Pegang plastik pun sebab terpaksa beli untuk isi barang banyak sangat😅



Okay! Selesai untuk hari ni misi mencari makanan. Nampak kan muka-muka ceria dapat makanan😄 

Perempuan dan makanan tak dapat nak dipisahkan, tapi nak kurus😆

Hari Malaysia








18 September 2017, hari penting untuk Sambutan Hari Malaysia di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kolej Rahim Kajai dimana saya juga salah seorang penghuni yang bertuah disini kerana kolej ini dikenali sebagai kolej kebudayaan. 

Paling penting, saya juga merupakan peserta untuk "menjayakan" sambutan Hari Malaysia ni😇 Walaupun bukan sebagai penari utama atau yang mengambil bahagian dalam tarian tu, tapi saya ambil bahagian dalam buat props tau. Saya buat datun julud. datun julud ni terletak kat tangan penari-penari tu. 




Gambar-gambar diatas tu adalah proses awal pembuatan datun julud. Kena "spray" keliling dia tu. Lepas tu, biar kan dia kering kejap. dah kering, kita kena "curve" kan dia. 






Haaa hasil akhir jadilah seperti gambar diatas😁 

Seronok dapat turut serta aktiviti macam ni. Banyak ilmu baru yang boleh dapat. Makin keratif! 

Sebenarnya, saya tak dapat tengok "live" semasa Hari Malaysia sebab ada kelas😢. Saya dapat pergi masa sambutan Hari Malaysia dah habis😅 Ippo Hafiz dengan Irfan Harris pun ada datang meraikan Hari Malaysia kat UKM. Jadi, makin meriahlah suasana kat stadium. 

Tak dapat datang pun tak pe lah. Sekurang-kurangnya, saya ada bagi sikit sumbangan tenaga untuk Hari Malaysia walaupun tak banyak. Pengalaman ni memang tak dapat dilupakan. Terima kasih kepada pihak yang memberi peluang kepada kami semua untuk menjayakan program yang "gah" ni💕

Wednesday, 27 September 2017

#SEHATISEJIWA

Pada 8 September 2017 yang lepas, Malam Puisi Negaraku Sehati Sejiwa telah diadakan di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR). Saya juga terlibat untuk menjadi salah seorang peserta bagi Malam Puisi Negaraku. Peserta perlu memuat naik video mereka di Youtube. Pemenang akan diumumkan pada malam tersebut. 


Artis-artis popular seperti Tomok, Azharina, dan Ippo Hafiz juga turut hadir untuk memeriahkan suasana Malam Puisi Negaraku.

Di sini saya sertakan link suasana Malam Puisi Negaraku 
Selamat menonton!😘😘😘

DECTAR

Hai !
Post kali ni masih lagi bercerita mengenai program Minggu Mesra Mahasiwa😆 Aktiviti kali ini merupakan aktiviti kemuncak bagi MMM dan sangat dinanti-nantikan oleh semua!

Klik https://www.youtube.com/watch?v=7q2g8TxOohs&t=204s untuk lihat suasana sebelum Perang DECTAR.

Haa dah tengok ke belum? 
Best kan? 

Perang DECTAR ni merupakan aktiviti tradisi antara kolej. Setiap kolej akan "berperang" cheers mereka dan bertahan di dalam DECTAR selama yang mungkin. Kolej yang mampu bertahan lama akan menjadi pemenang. Aktiviti ini bermula pada pukul 12:00 p.m. pada hari terakhir MMM. 

Semua lampu dan "air-cond" akan ditutup. Jadi, kami semua akan "berperang" dalam keadaan yang gelap-gelita dan panas😂 

Pengalaman yang kami dapat masa MMM terutama semasa Perang DECTAR. Kami semua akan bekerjasama untuk memastikan kami mampu bertahan hingga ke akhir. Selain itu, hubungan antara kolej juga menjadi semakin rapat. 


Tuesday, 26 September 2017

BLACK

Kali ini saya ingin berkongsi pengalaman saya pada hari MMM berlangsung iaitu pada hari kedua. 



Jeng! jeng! Jeng!






Gambar diatas adalah moment saya bersama ahli kumpulan saya di fakulti. Pada hari kedua, pelajar baru akan melakukan aktiviti di fakulti masing-masing dan saya berada di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan. Kami semua telah dibahagikan kepada kumpulan masing-masing mengikut warna reben yang telah diberikan pada hari pendaftaran. 






Haa reben saya warna hitam. Jadi, ahli kumpulan saya pun ada reben warna yang sama. Untuk tugasan yang pertama kami perlu menjawab beberapa soalan untuk mendapatkan nombor bilik pensyarah. Jadi, kami semua sepakat untuk berpecah kepada dua kumpulan untuk mencari nombor bilik pensyarah😄. Penat lah juga turun naik tangga cari bilik pensyarah😅. Kami diberi masa yang singkat untuk mencari bilik pensyarah. Dah selesai tu, kami semua berkumpul semual di atrium FEP. And it was super-fun!

Selepas itu, kami bersedia untuk ke check-point yang seterusnya. Tugasan seterusnya, kami perlu menjawab beberapa soalan untuk mendapatkan 'spaghetti stick' demi melengkapkan tugasan yang seterusnya. Setelah berbincang, kami berjaya menjawab sebanyak 28 soalan yang betul! Selepas itu, kami diarahkan untuk membina "tiang" setinggi yang boleh dengan menggunakan "spaghetti stick", gam tape, dan marshmallow. Marshmallow mestilah berada di atas sekali.







Hasil kreativiti salah seorang ahli kumpulan, kami berjaya bina "tiang" dengan menggunakan "spaghetti stick" dan kami berjaya dapat tempat pertama dalam tugasan ini. 






Gambar di atas ini adalah salah satu tugasan yang paling saya suka dan tak akan saya lupakan sampai bila-bila. Kami diberi tugasan untuk menegakkan bendera dengan menggunakan seberapa banyak yang mungkin batang paip PVC dan tali. Pada masa yang sama, kami perlu memcahkan belon dengan menggunakan sebatang lidi, straw, dan tanah liat. Jadi, kumpulan kami berpecah kepada dua kumpulan Kumpulan pertama perlu memecahkan belon, dan kumpualan kedua perlu menegakkan bendera. 

Saya berada pada kumpulan pertama. Pelbagai cara digunakan untuk memecahkan belon menggunakan lidi dan straw bersama tanah liat pada jarak yang telah ditetapkan. Alhamdulillah, kami berjaya memecahkan kesemua belon tersebut. Selepas itu, kami pergi kepada kumpulan kedua untuk membantu tugasan yang lagi satu. 

Setiap orang perlu memegang tali yang telah diikat pada paip PVC bagi memastikan paip itu tidak mudah terlentur. Tali perlu disambung sepanjang yang mungkin untuk menstabilkan paip. Di sini, semangat pasukan amat diperlukan serta kesabaran yang tinggi sebab kami buat pada waktu tengah hari dan panas. Ketua kumpulan memberikan arahan kepada pemegang tali untuk bergerak ke belakang secara perlahan-lahan sambil melepaskan tali yang dipegang sedikit demi sedikit. 

Walaupun masa yang ditetapkan sudah habis, tetapi kami tetap ingin meneruskan tugasan tersebut dan kami berjaya membuat sebanyak 8 batang paip dan itu bukanlah satu kerja yang mudah!😆

Kami tak kisah walaupun kami kalah. Tapi kami dah bina satu hubungan dan kenangan yang mungkin tak kan dapat dilupakan! 😍💖



Sedia, MULA !

Dalam post kali ini, saya akan bercerita tentang MMM. Apa itu MMM? Bukan MLM ye. Beza tu haa😊






Iyaa, MMM adalah singkatan bagi Minggu Mesra Mahasiswa💗 Masa saya mula-mula masuk UKM, tak tahu pun MMM ni apa. Yelah, masa kat sekolah kebiasaanya guna "Hari Orientasi". Haa dah masuk Uni kan, takkan nak guna perkataan yang sama. Jadi dia "upgrade" sikit😂. Orang kata, masuk Uni ni kena lah open-minded, jangan ditakuk yang sama je. Tak gituuu😆

Baiklah. Program MMM bermula secara rasminya pada pukul 5:30 petang pada 26/08/2017. Pada pagi tu, semua pelajar baru perlu mendaftarkan diri dulu. Program MMM berlangsung selama empat hari iaitu sehingga 29/08/2017.



Kod pemakaian rasmi sepanjang program MMM berlangsung adalah berbaju kurung warna merah, bertudung putih, dan berkasut hitam bagi pelajar perempuan. Bagi pelajar lelaki pula, berbaju kemeja putih, seluar hitam, dan berkasut hitam.

Program ini bertujuan untuk merapatkan hubungan mahawasiswa dan mahasiswi baharu dan secara tak langsung dapat kenal dengan senior-senior, barisan pemudah cara, serta barisan pentadbiran kolej masing-masing dan fakulti. 

Sepanjang program berlangsung, secara automatik kita akan tahu betapa pentingnya semangat kerjasama dalam sesuatu pasukan. Walaupun kadang-kadang kita rasa penat, tapi itulah yang akan merapatkan hubungan kita dengan kawan-kawan baru. Pemudah cara atau fasilitator ni kata, masa MMM ni lah kita nak main-main, nanti masa dah belajar, tak dapat rasa semua ni dah. Haa ada betul juga tu. Dah mula belajar ni, tak de maknanya kau nak bertegur sapa, lalu sebelah pun buat tak tahu. Kalau masa MMM, nak atau tidak, kau kena bertegur juga untuk tahu siapa nama ahli kumpulan kau. Kalau kau tak sendiri tak tahu nama ahli kumpulan kau, macam mana kau nak selesaikan tugas yang diberi oleh fasi kan?

Jadi, daripada aktiviti yang dijalankan masa MMM ini, banyak bagi kenangan pada saya selain rasa penat😂.

Sunday, 24 September 2017

Me, Myself and I









Assalamualaikum.

Nama diberi Nur Syafiqah binti Abdul Samad. Kebiasaannya, orang yang mengenali saya, panggil saya Piqah. Saya berasal daripada Perak. Rumah kediaman saya bersama keluarga tercinta di Changkat Lada. Ibu melahirkan saya pada tanggal 29/05/1997, dan saya merupakan anak sulung daripada enam orang adik beradik. Besar tanggungjawab yang perlu dipikul sebagai anak sulung😄. InsyaAllah, akan saya laksanakan tanggungjawab saya sebagai seorang anak dan kakak yang baik😇(walaupun saya bukan kakak yang baik)

Okay, tinggi saya 153 cm, berat ? emm rasanya semua perempuan akan sensitif bila tanya pasal berat😁 so, biarlah ia menjadi rahsia ~ cewahhhh. Saya bukanlah seorang yang aktif bersukan, tapi saya minat bermain badminton. Masa kat sekolah, saya tak main badminton, tapi saya ambil indoor game, saya main catur. Tapi, game catur pun saya tak wakil sekolah pun. Saya pernah masuk untuk sukan pra-universiti (tingkatan 6), kalah pada saat-saat akhir. Masuk semi-final je😄. Jadilah pengalaman yang ada tu buat kenangan. 

Saya merupakan pelajar lepasan STPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Jalil Shah. Sebenarnya, SPM pun di sekolah yang sama😂. Jadi, untuk rasa emm orang kata "culture shock" tu memang tak de untuk saya. Biasa-biasa je. Dari saya tingkatan 1 sampai tingkatan 6, bangunan yang sama nampak. Muka tu adalah yang berubah. Dari yang selekeh, dah jadi "wow! dulu budak ni serabai je, sekarang dah lawa/kacsk uolls!". 

Sekarang, Alhamdulillah, dengan izin Allah, berkat doa kedua ibu bapa saya, berkat pengajaran guru-guru di sekolah, saya dapat masuk universiti. Tambah pulak, bukan calang-calang universiti ni, dapat saya masuk ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Saya harap, saya dapat memberi kejayaan kepada orang yang telah banyak berjasa untuk saya, terutama untuk ibu dan ayah, walaupun saya tahu ini belum cukup untuk balas jasa diorang.

Itu sahaja entry saya untuk kali ini, mengenai diri saya. Tak banyak yang menarik, tapi cukup untuk mencorakkan kehidupan saya💗