Tuesday, 5 December 2017

Kita Family

Bekerja ?

Aku rasa almost everyone zaman sekarang ada pengalaman bekerja. Betul kan ? 

Ya, begitu juga dengan aku. Cuma aku diberi kebenaran untuk merasa apa itu "bekerja" masa aku habis form 6. Masa habis SPM dulu ayah tak bagi aku kerja and i dont know why😂 Teringin nak kerja tu memang ada, tapi nak buat macam mana kan, dah ayah tak bagi. 

Lain pulak kesnya bila aku dah habis STPM. Lagi disuruhnya aku cari kerja. 

Yes, aku pun mula cari kerja. Mula-mula aku kerja dekat kedai makan. Kedai makan yang kecil je. Lagipun aku memang dah biasa lepak situ masa zaman sekolah dulu. Dah biasa sangat dengan owner dia. So, minta lah kerja kat situ. Aku kerja situ sekejap je. Tak sampai sebulan hahaha. Sebab aku dah cari kerja dekat tempat lain dengan kawan aku. 

After that, aku kerja dekat kilang. Kilang PNA Technologies. Kilang ni buat wire harness untuk kereta. Dia supply wire floor dengan door kereta Axia dengan Bezza. Baru-baru ni aku dengar dia nak buat untuk Myvi. Tak tahu lah jadi ke tak. Kerja kilang weh. Bayangkan lah penat nya macam mana haa. Kerja pun shift. 

Baru aku sedar betapa susahnya ayah nak cari duit untuk family. Serius kerja dia sangat memenatkan. 

Kilang ni buat wire kan. Hahhh serabut lah otak kau dengan wire yang ada. Kau kena sambung wire tu dengan connector yang betul. Kalau salah, kene reject. Satu harness bukan murah wehh. Cecah 4 angka. Kalau pandai jual, 5 angka pun dapat. Aku tahan kerja dalam dua tiga bulan kot. Aku resign sebab nak sambung belajar hehehe

Satu aku respect pekerja kilang ni. Friendship diorang. Kuat. Kat department kau kene letak, satu conveyer tu kawan kau. Seronok sangat kerja situ. Lagipun, diorang punya kerja tak terlalu tegas. Maksud aku kau boleh lagi sembang-sembang haa. Ada setengah tempat, dia memang tak bagi bising-bising. Output penting. Kerja seharian nak kejar output. Output dapat, tak yah OT. Kalau rajin, kau OT lah. Masyukk juga. 

Aku dengan kawan aku memang rajin gile OT😂

Aku kerja kan tak lama, tapi dah macam family. Hari last aku kerja, diorang siap plan kene kan aku baling dengan tepung. Real weh. Semua pakat tungu depan pagar nak baling tepung. Line Leader pun join! Kitorang memang rapat dengan semua. Tak kira lah tua atau muda. Semua macam family. 






RIMO !

Dulu masa aku kecil, umur 7 tahun sampai 11 tahun, biasalah pergi sekolah agama waktu petang kan. Dulu ada exam UPKK iaitu Ujian Penilaian Kelas KAFA kalau tak silap aku. Sekarang budak-budak ni ada exam SRAI kot. Dulu,aku memang suka pergi sekolah agama tu. Masuk kelas pukul 3 petang. Kadang-kadang belum 2:30 petang pun aku dah excited nak pergi sekolah. Hmm zaman budak-budak memang seronok pergi sekolah dapat jumpa kawan. Dah makin besar ni, nauzubillah pemalas ya rabbi !

Haaa ni kan lepas UPKK tu memang heaven lah sebab tak yah belajar dah😂 Aku ingat lagi, pergi sekolah semata-mata nak karaoke. Ehhh ni karaoke nasyid ni hahaha seronok lahhhhh

Ada satu hari tu ustaz ada buat rombongan Lost World of Tambun, Ipoh. Itu lah first time aku jejak kaki ke sana dan ayah aku bagi hahaha. Umur 11 tahun masa tu. Kau rasa? 

Pergi sana memang best lah. Mandi-mandi, main macam-macam. Tapi, dalam gembira tu, ada tragedi yang jadi. 

Masa tu nak balik dah. Kitorang dah ready nak balik. Aku dengan bestfriend aku, Juwita. Masa Juwita tengah jalan tu, tetiba ada harimau terlepas lari betul-betul ke arah dia. Nasib baik masa tu aku tak bangang sangat panggil Juwita cepat-cepat sebab harimau tu dah dekat. Ni real weh. Bukan reka cerita. Kalau lah aku dia je, tak tahu apa jadi kat kawan aku tu. 

Itulah peristiwa yang masih segar dalam ingatan aku ni haa. Dah lama aku tak jumpa Juwita. Rindu weh zaman kanak-kanak dulu. Happy je. Tak de nak fikir masalah langsung. 

Tak pe. Jangan serabut. Keep your surrounding with positive vibes!