Tuesday, 26 September 2017

BLACK

Kali ini saya ingin berkongsi pengalaman saya pada hari MMM berlangsung iaitu pada hari kedua. 



Jeng! jeng! Jeng!






Gambar diatas adalah moment saya bersama ahli kumpulan saya di fakulti. Pada hari kedua, pelajar baru akan melakukan aktiviti di fakulti masing-masing dan saya berada di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan. Kami semua telah dibahagikan kepada kumpulan masing-masing mengikut warna reben yang telah diberikan pada hari pendaftaran. 






Haa reben saya warna hitam. Jadi, ahli kumpulan saya pun ada reben warna yang sama. Untuk tugasan yang pertama kami perlu menjawab beberapa soalan untuk mendapatkan nombor bilik pensyarah. Jadi, kami semua sepakat untuk berpecah kepada dua kumpulan untuk mencari nombor bilik pensyarah😄. Penat lah juga turun naik tangga cari bilik pensyarah😅. Kami diberi masa yang singkat untuk mencari bilik pensyarah. Dah selesai tu, kami semua berkumpul semual di atrium FEP. And it was super-fun!

Selepas itu, kami bersedia untuk ke check-point yang seterusnya. Tugasan seterusnya, kami perlu menjawab beberapa soalan untuk mendapatkan 'spaghetti stick' demi melengkapkan tugasan yang seterusnya. Setelah berbincang, kami berjaya menjawab sebanyak 28 soalan yang betul! Selepas itu, kami diarahkan untuk membina "tiang" setinggi yang boleh dengan menggunakan "spaghetti stick", gam tape, dan marshmallow. Marshmallow mestilah berada di atas sekali.







Hasil kreativiti salah seorang ahli kumpulan, kami berjaya bina "tiang" dengan menggunakan "spaghetti stick" dan kami berjaya dapat tempat pertama dalam tugasan ini. 






Gambar di atas ini adalah salah satu tugasan yang paling saya suka dan tak akan saya lupakan sampai bila-bila. Kami diberi tugasan untuk menegakkan bendera dengan menggunakan seberapa banyak yang mungkin batang paip PVC dan tali. Pada masa yang sama, kami perlu memcahkan belon dengan menggunakan sebatang lidi, straw, dan tanah liat. Jadi, kumpulan kami berpecah kepada dua kumpulan Kumpulan pertama perlu memecahkan belon, dan kumpualan kedua perlu menegakkan bendera. 

Saya berada pada kumpulan pertama. Pelbagai cara digunakan untuk memecahkan belon menggunakan lidi dan straw bersama tanah liat pada jarak yang telah ditetapkan. Alhamdulillah, kami berjaya memecahkan kesemua belon tersebut. Selepas itu, kami pergi kepada kumpulan kedua untuk membantu tugasan yang lagi satu. 

Setiap orang perlu memegang tali yang telah diikat pada paip PVC bagi memastikan paip itu tidak mudah terlentur. Tali perlu disambung sepanjang yang mungkin untuk menstabilkan paip. Di sini, semangat pasukan amat diperlukan serta kesabaran yang tinggi sebab kami buat pada waktu tengah hari dan panas. Ketua kumpulan memberikan arahan kepada pemegang tali untuk bergerak ke belakang secara perlahan-lahan sambil melepaskan tali yang dipegang sedikit demi sedikit. 

Walaupun masa yang ditetapkan sudah habis, tetapi kami tetap ingin meneruskan tugasan tersebut dan kami berjaya membuat sebanyak 8 batang paip dan itu bukanlah satu kerja yang mudah!😆

Kami tak kisah walaupun kami kalah. Tapi kami dah bina satu hubungan dan kenangan yang mungkin tak kan dapat dilupakan! 😍💖



Sedia, MULA !

Dalam post kali ini, saya akan bercerita tentang MMM. Apa itu MMM? Bukan MLM ye. Beza tu haa😊






Iyaa, MMM adalah singkatan bagi Minggu Mesra Mahasiswa💗 Masa saya mula-mula masuk UKM, tak tahu pun MMM ni apa. Yelah, masa kat sekolah kebiasaanya guna "Hari Orientasi". Haa dah masuk Uni kan, takkan nak guna perkataan yang sama. Jadi dia "upgrade" sikit😂. Orang kata, masuk Uni ni kena lah open-minded, jangan ditakuk yang sama je. Tak gituuu😆

Baiklah. Program MMM bermula secara rasminya pada pukul 5:30 petang pada 26/08/2017. Pada pagi tu, semua pelajar baru perlu mendaftarkan diri dulu. Program MMM berlangsung selama empat hari iaitu sehingga 29/08/2017.



Kod pemakaian rasmi sepanjang program MMM berlangsung adalah berbaju kurung warna merah, bertudung putih, dan berkasut hitam bagi pelajar perempuan. Bagi pelajar lelaki pula, berbaju kemeja putih, seluar hitam, dan berkasut hitam.

Program ini bertujuan untuk merapatkan hubungan mahawasiswa dan mahasiswi baharu dan secara tak langsung dapat kenal dengan senior-senior, barisan pemudah cara, serta barisan pentadbiran kolej masing-masing dan fakulti. 

Sepanjang program berlangsung, secara automatik kita akan tahu betapa pentingnya semangat kerjasama dalam sesuatu pasukan. Walaupun kadang-kadang kita rasa penat, tapi itulah yang akan merapatkan hubungan kita dengan kawan-kawan baru. Pemudah cara atau fasilitator ni kata, masa MMM ni lah kita nak main-main, nanti masa dah belajar, tak dapat rasa semua ni dah. Haa ada betul juga tu. Dah mula belajar ni, tak de maknanya kau nak bertegur sapa, lalu sebelah pun buat tak tahu. Kalau masa MMM, nak atau tidak, kau kena bertegur juga untuk tahu siapa nama ahli kumpulan kau. Kalau kau tak sendiri tak tahu nama ahli kumpulan kau, macam mana kau nak selesaikan tugas yang diberi oleh fasi kan?

Jadi, daripada aktiviti yang dijalankan masa MMM ini, banyak bagi kenangan pada saya selain rasa penat😂.