Wednesday, 27 September 2017

#SEHATISEJIWA

Pada 8 September 2017 yang lepas, Malam Puisi Negaraku Sehati Sejiwa telah diadakan di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR). Saya juga terlibat untuk menjadi salah seorang peserta bagi Malam Puisi Negaraku. Peserta perlu memuat naik video mereka di Youtube. Pemenang akan diumumkan pada malam tersebut. 


Artis-artis popular seperti Tomok, Azharina, dan Ippo Hafiz juga turut hadir untuk memeriahkan suasana Malam Puisi Negaraku.

Di sini saya sertakan link suasana Malam Puisi Negaraku 
Selamat menonton!๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜

DECTAR

Hai !
Post kali ni masih lagi bercerita mengenai program Minggu Mesra Mahasiwa๐Ÿ˜† Aktiviti kali ini merupakan aktiviti kemuncak bagi MMM dan sangat dinanti-nantikan oleh semua!

Klik https://www.youtube.com/watch?v=7q2g8TxOohs&t=204s untuk lihat suasana sebelum Perang DECTAR.

Haa dah tengok ke belum? 
Best kan? 

Perang DECTAR ni merupakan aktiviti tradisi antara kolej. Setiap kolej akan "berperang" cheers mereka dan bertahan di dalam DECTAR selama yang mungkin. Kolej yang mampu bertahan lama akan menjadi pemenang. Aktiviti ini bermula pada pukul 12:00 p.m. pada hari terakhir MMM. 

Semua lampu dan "air-cond" akan ditutup. Jadi, kami semua akan "berperang" dalam keadaan yang gelap-gelita dan panas๐Ÿ˜‚ 

Pengalaman yang kami dapat masa MMM terutama semasa Perang DECTAR. Kami semua akan bekerjasama untuk memastikan kami mampu bertahan hingga ke akhir. Selain itu, hubungan antara kolej juga menjadi semakin rapat.