Wednesday, 6 December 2017

Indahnya Sabar

Apa kau akan buat bila kau marah ?
Apa kau akan buat bila kau tengah sedih ?
Apa kau akan buat bila kau tenagh sakit hati ?

Masa tengah marah, susah untuk kita kawal perasaan kita kan? Mula lah segala bisikan syaiton hasut kita macam-macam. 

Kadang-kadang aku pun sama je, tak terlepas juga daripada hasutan semua tu. Allahuakbar memang mencabar kesabaran.

Aku jarang nak marah-marah orang terus. Aku akan perhati je perangai dia dulu. Kalau perlu tegur, baru tegur. Tapi, aku jenis suka diam je. Lama-lama aku lupa. 

Sebenarnya, kita kena sentiasa set dalam minda kita dengan perkara yang positif. Aku dah lama praktikkan benda ni. Memang menjadi. Apa-apa orang cakap atau buat pada kau, sabar je. langkah terbaik adalah kau berdiam diri. Biarkan dan maafkan. Mula-mula memang rasa nak bagi je, stress tu jangan cakap lah. Kau dengan kerja kau lagi, di tambah pulak dengan ragam manusia yang macam-macam dan suka cabar kesabaran kau kan. Fuhh! Nak menangis rasanya. 

Jangan mudah rasa down dulu !

Fikir. Ada sebab kenapa Allah uji kau macam ni. Dia takkan uji kau dengan sesuatu yang kau tak dapat tanggung. 

Aku selalu cakap pada diri aku, apa-apa masalah yang datang pada aku, tetap akan hilang juga, tetap akan selesai juga. Beza nya sama ada cepat atau lambat. Pujuk hati supaya terus sabar dan palig penting fikirkan benda yang positif sahaja. Of course, kalau rasa nak marah sangat tu cepat fikir benda yang boleh buat kau tersenyum dan istighfar banyak-banyak. InsyaAllah menjadi. 

Ini terjadi pada aku dan aku sendiri dah buat. Lega weh. Kau tak perlu nak rasa marah pada orang lama-lama. Hidup kau pun bahagia. Aman je rasaπŸ˜„πŸ˜ŠπŸ˜‡


Minggu Bahasa

Buat masa sekarang ni memang busy ya amatttt. Dengan assignment, presentation, and macam-macam aktiviti lagi. Ya, aku juga tak ketinggalan dengan semua ni. Kelam kabut juga nak siapkan assignment before deadline. Tambah pulak nak final ni. 

Minggu ni, ada minggu bahasa. Kelas citra aku pun tak terlepas daripada aktiviti ni. Acara dia melibatkan pelajar tempatan dengan pelajar antarabangsa. Khusus aktiviti ni lebih kepada Bahasa Melayu. Lagipun, kelas citra aku ni Komunikasi Lisan Dalam Bahasa Melayu. haaa gituuu

Program akan berlangsung esok 7/12/2017. Jadi hari ni kitorang pergi siap-siapkan apa yang patut dekat DTAMS. Menghias booth masing-masing. Macam-macam aktiviti yang akan dijalankan esok. Yang syoknya dengan pelajar antarabangsa hehehe. 

Ada aktiviti pengucapan awam berdasarkan peribahasa, main congkak, buat somtam, banyak lagi lah!