Thursday, 26 October 2017

SIGNAL LAGI !

24/10/17
Masa tu aku dalam kelas Mikroekonomi. Sebelum kelas mula, aku sempat berwhatsapp dengan adik aku. Kononnya, nak mengadu yang aku sakit perut, cirit birit. Mula-mula aku tanya dia, ada sakkit perut tak, cirtit birit bagai. Katanya, tak de. Semua sihat je. Jadi dari situ, aku tahu punca aku sakit perut ni. Bukan punca makanan dari rumah, tapi masa dekat TBS. Lepas aku mengadu yanng aku sakit tu, dia kata, "elok le tu, aku ni patah tangan". And I was like, "What?!" Biar betul dia ni. 

Aku tanya dia, macam mana boleh accident semua, teruk tak. Dia kata, luckily masa tu dia bawa motor slow and accident dengan kereta yang nak masuk simpang. Dalam mind aku, confirm berkaitan dengan SIGNAL ni. Tak sempat dia nak cerita, lecturer pulak masuk. Aku kata, nantilah cerita, lecturer dah masuk.

Malam tu, aku call ayah. Ayah kata, ayah saje tak nak bagitahu aku sebab risau aku yang kelam-kabut kat sini. Ayah ceritalah macam mana kejadiannya tu. Masa tu, adik aku nak hantar adik aku yang lagi sorang ni balik asrama. Kawasan tu memang akan jem sebab itu memang laluan utama orang lalu, tambah pulak waktu habis cuti ni. Aku tahu, memang akan jem, melainkan kau keluar awal. Dekat tempat tu, ada satu simpang. Simpang ni payah nak masuk sebab yang halang dia adalah barisan kereta yang banyak akibat jem ni haaa. Mungkin masa tu, kereta tak banyak lagi, adik aku ni nak terus, dan ada kereta ni mungkin nak masuk simpang tu ,lambat bagi signal atau tak bagi langsung, aku tak pasti, dan, BUMPPPP! Habuannya, patah tangan adik aku ni. 

Perasaan yang sama masa aku dapat tahu ayah aku accident dulu. Rasa takut. Alhamdulillah, cuma tangan dia je yang patah. Adik aku yang ni bawa motor memang gile. Dia kata dia bawa slow je. Mungkin betul lah tu, sebab adik aku yang lagi sorang tu, luka-luka sikit je, katanya luka-luka manja gituuu. 


Sejujurnya, sampai sekarang aku risau kalau ayah keluar pergi mana-mana ,sorang pulak tu, naik motor. Risau sangat-sangat. Sampai sekarang aku risau, bila ayah tak de kat rumah, tiba-tiba telefon rumah berbunyi. Aku takut, aku dapat berita yang sama, mungkin lagi teruk. Nauzubillah. 

Kawan sekerja aku dulu pernah gelakkan aku sebab bagi signal masa masuk simpang. Like WHAT ?! Dia kata, "hahahaha lawak bagi signal!. Aku pun cakap lah, "yang tak bagi signal masuk simpang ni bodoh ahahahahaaha". 

Penekanan lagi sekali terhadap pengguna jalan raya yang bijaksana, gunalah SIGNAL tu sebaiknya. 

Sampai dua post aku cerita pasal signal ni. Penting signal tu. Bukan saja-saja letak signal tu kat kenderaan kau tu! Guna sebaiknya.

Aku harap sangat ada kesedaran manusia sejagat tentang penggunaan signal ni. Jangan sia-siakan akal fikiran yang Allah kurniakan tu.

Minggu ni aku nak balik. Nak tengok adik aku. Even dia kadang-kadang menyakitkan hati aku, tapi dia lah yang banyak bantu aku, paling rapat dengan aku. #kakakyangpenyayang

Wednesday, 25 October 2017

SIGNAL

Tahun 2016, aku pada semester ke-2 STPM. Dua minggu lagi aku exam.
Masa tu, baru balik sekolah, hari Jumaat. Macam biasa, balik sekolah je aku akan cari nasi. Lepas tu, makan depan tv. 

Lepas aku duduk mengadap tv nak menikmati santapan ni, lapar kan, tengah hari pulak tu. Baru sesuap nasi masuk dalam mulut aku, tiba-tiba, bunyi telefon rumah, "kring! kring!". Ibu yang angkat call tu. Aku tak teruskan suapan aku yang ke-2 tu. Aku tunggu je, aku tengok ibu, tak tahu kenapa kan. Tiba-tiba, ibu terduduk. Aku tanya lah kenapa. Ibu kata, ayah accident. Terbantut aku nak makan. Terus aku ke dapur simpan makanan tu. 

Nak gugur jantung ni rasanya bila dengar berita macam tu. 'Ayah accident' Allahu. Aku nak nangis, tapi aku tak nak nangis depan ibu, kene kuat. Aku ni dah lah lesen kereta tak de masa tu. Memang buntu, tak tahu nak buat macam mana. 

Aku minta tolong pakcik aku bawakan kami ke hospital. Aku cuma harap yang keadaan ayah tak teruk. Aku tak kuat nak hadapi semua ni tanpa ayah. uishhh nak taip ni pun aku menangis 😂

Aku solat, aku doa sungguh-sungguh minta ayah tak teruk, aku baca quran, aku nangis sorang-sorang dalam bilik. Allah je yang tahu apa perasaan aku masa tu. Cuma satu je aku minta, keadaaan ayah baik-baik je.

Lepas solat semua, pakcik aku ambil kitorang nak pergi hospital. Ibu dah suruh aku kemas baju, persediaan untuk aku jaga ayah kat hospital nanti. Dah settle tu, kitorang gerak. 

Handphone kat tangan aku memang tak lepas. Aku amat berharap yang ayah akan call aku even potensi untuk dia call tu memang tak de. Kelas tambahan petang tu pun aku tak pergi. Aku bagiahu classmate, aku ada hal urgent tak boleh datang. 

Masa dalam perjalanan tu, mata aku tak lepas pandang kat sekeliling nak cari tempat yang ada accident. Tapi tak jumpa. Tak tahu kat mana. Then, tetiba phone aku bunyi. AYAH CALL! Alhamdulillah. Itu pun dah jadi satu kelegaan untuk aku. Aku tak dapat dengar dengan jelas apa yang ayah cakap. Aku tanya, ayah macam mana? Yang aku dengar jari kiri putus. Kau rasa ? Aku nak cepat-cepat sampai hospital, nak tengok ayah. 

Dah sampai tu, pergi dekat tempat kecemasan tu, nampak ayah duduk dekat kerusi. Alhamdulillah. Aku bersyukur tengok keadaaan ayah tak seperti yang aku jangka. Aku duduk sebelah ayah, aku sebak, tapi aku tahan. Tangan ayah sebelah kiri kene ikat, bahu dia terseliuh. Ada luka-luka kecil sikit. Alhamdulillah tak teruk. Tapi, sebak juga ah tengok ayah macam tu. 

Dalam kereta, ayah cerita macam mana ayah boleh accident. Ayah bagitahu, ayah elak kereta depan dia yang bagi SIGNAL lambat. Ayah bawa motor masa tu. Ayah elak ke kiri jalan, dan jatuh. Ayah kata nasib baik dia ke kiri, kalau ke kanan jalan, ALLAH tak tahu lah macam mana. Hari Jumaat, jalan mesti akan sibuk, Masa budak-budak balik sekolah pulak tu. 

Sejak daripada tu, aku tak suka hmm bukan tak suka, aku benci manusia yang jenis tak bagi signal ni 😤

Disebabkan orang yang macam ni lah, boleh bahayakan nyawa orang lain.

Monday, 16 October 2017

Penting !

Hi uolls ! Untuk post yang ni pun saya akan cerita pasal silat juga. Emm tak terlalu terperinci. Cuma nak bagitahu yang saya hadiri majlis penting yang melibatkan ahli ahli silat yang lain daripada pekbagai universiti kat Malaysia ni. Yang Mulia Guru Utama pun ada tau. Majlis Siri Wacana ATMA Seni Silat Melayu & Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara Institut Alam Dan Tamadun Melayu (ATMA) & Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) ni diadakan di Dewan Anuar Mahmud di Universiti Kebangsaan Malaysia. Saya sayang UKM. tetiba😂




Gambar kiri ni ucapan daripada YM Guru Utama Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah.


Gambar di bawah ni menunjukkan Memorandum Persefahaman antara ATMA dan PSSCM telah ditandanagani oleh TNC UKM

Seni Pertahanan Diri

Assalamualaikum. Dah lama saya tak post dalam blog ni. Hee. Untuk post kali ni saya nak cerita pasal seni pertahanan diri. Pause dulu pasal sekolah lama saya tu😁


Saya tak pernah terfikir pun yang saya akan masuk seni pertahanan diri ni. Dulu masa sekolah rendah, saya pernah masuk taekwando. Tapi, belajar sekerat jalan je, tak habis😂. Baju semua dah beli lengkap kot hahahaha😅

Sekarang dah masuk universiti ni, saya masuk silat. Haaa silat kauuuu! Masuk silat pun sebab citra. Nampak tak yang memang saya langsung tak minat nak sertai apa-apa yang berkaitan dengan pertahanan diri ni. Tapi, saya dah nekad dah. Kali ni saya nak belajar sampai habis. Saya nak tamatkan apa yang saya dah mulakan. nampak semangat tu ? 😇

Baru-baru ni saya ada pergi taklimat pencerahan mengenai silat ni. dia bagitahu, silat ni pergerakan dua tangan, dua kaki, dan dipandu oleh satu akal. Masa tu, rasa macam wow! menarik. Seni silat yang saya belajar ni adalah Seni Silat Cekak Malaysia. Awak semua boleh baca tentang asal-usul silat kat sini




Silat ni ada empat kaedah sahaja, iaitu kaedah A,B,C, dan D dalam keadaan berdiri lurus seperti sembahyang. Di sini ada banyak info tentang matapelajaran silat ni. 

Thursday, 5 October 2017

Sekolah

Assalamualaikum.
Pada post kali ni saya nak buat salam perkenalan kepada sekolah saya dulu.


Haa ni lah sekolah saya. Saya bersekolah disini daripada Tingkatan 1 sampai lah Tingkatan 6. Saya pergi ke sekolah naik motor je. Rumah dekat kan. Masa saya Tingkatan 1 sampai Tingkatan 5, saya duduk dekat Kampung Bukit Chawi. Jadi, perjalanan nak ke sekolah memang dekat. Kalau bawa slow, dalam 5-8 minit dah sampai. Tapi, kalau dah lambat, kena bawa laju tu, 3 minit pun boleh terpacak kat depan pagar 😂.

Lepas tu, saya pindah di Changkat Lada. Halahhh tak jauh pun. Dekat juga. Dalam 10-15 minit pun boleh sampai ke sekolah. Ikut keadaan pada hari tu macam mana😁. Di Changkat Lada ada je sekolah menengah. SMK Changkat Lada. Di kawasan saya, sekolah menengah banyak. Jarak pun tak berapa jauh sangat. So, nak sekolah mana-mana pun tak pe. Ada empat sekolah menengah yang terdekat. SMK Sultan Abdul Jalil Shah, SMK Changkat Lada, SMK Sungai Ranggam dan SMK Dato Maharaja Lela. Haa keempat-empat sekolah ni selalu bersaing terutamanya dalam sukan. Sekolah kami juga dekat dengan MRSM Pasir Salak, SMKA Dr. Nazrin Shah (SARJANA), dan SABK Maahad Ehyak Diniah Islamiah serta SMK Dato Abdul Rahman Ya'kub. Kalau ada program motivasi atau kem, kesemua sekolah ini akan turut serta. 

Banyak sangat-sangat kenangan di Jalil ni. Ohh ye, sekolah kami terkenal dengan nama Jalil atau Jalilians. Tak panggil nama penuh sekolah. Panjang nau haa😂 kang tersasul pulak.