Tuesday, 14 November 2017

Majlis Penghargaan dan Kesyukuran 2017





 Inilah wajah-wajah yang banyak membantu semasa di Tingkatan 6 dulu. Daripada tak tahu apa-apa masa semester 1 sampai dah mberjaya masuk universiti. Macam-macam kerenah kami yang rasanya tak semua mampu layan๐Ÿ˜‚

Sebenarnya, sampai sekarang macam tak percaya dapat belajar sampai ke tahap ni. Bersyukur sangat-sangat. Keputusan yang ke laut masa semester 1, otak bagai nak gile,stress masa semester 2, dan semester 3 yang agak kelam kabut sebab kerja kursus. Semua tu kenangan. Ya, kenangan yang indah. Kenangan yang tak semua orang dapat rasa. 



  Ni je wakil daripada kelas aku yang dapat datang masa Hari Kesyukuran ๐Ÿ˜„



Tak pernah kenal pun siapa diorang. Tu lah dia orang kata, tak kenal maka tak cinta kan. Bila dah kenal, tahu ragam masing-masing, Ya Allah, sabar je lah melayan kerenahnya ni. Terlalu banyak kenangan kita sampai aku rasa kita tak de bergaduh langsung. 

Sekarang, hampir semua dalam kelas kita berjaya masuk U. Alhamdulillah.