Monday, 16 October 2017

Penting !

Hi uolls ! Untuk post yang ni pun saya akan cerita pasal silat juga. Emm tak terlalu terperinci. Cuma nak bagitahu yang saya hadiri majlis penting yang melibatkan ahli ahli silat yang lain daripada pekbagai universiti kat Malaysia ni. Yang Mulia Guru Utama pun ada tau. Majlis Siri Wacana ATMA Seni Silat Melayu & Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara Institut Alam Dan Tamadun Melayu (ATMA) & Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) ni diadakan di Dewan Anuar Mahmud di Universiti Kebangsaan Malaysia. Saya sayang UKM. tetiba😂




Gambar kiri ni ucapan daripada YM Guru Utama Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah.


Gambar di bawah ni menunjukkan Memorandum Persefahaman antara ATMA dan PSSCM telah ditandanagani oleh TNC UKM

Seni Pertahanan Diri

Assalamualaikum. Dah lama saya tak post dalam blog ni. Hee. Untuk post kali ni saya nak cerita pasal seni pertahanan diri. Pause dulu pasal sekolah lama saya tu😁


Saya tak pernah terfikir pun yang saya akan masuk seni pertahanan diri ni. Dulu masa sekolah rendah, saya pernah masuk taekwando. Tapi, belajar sekerat jalan je, tak habis😂. Baju semua dah beli lengkap kot hahahaha😅

Sekarang dah masuk universiti ni, saya masuk silat. Haaa silat kauuuu! Masuk silat pun sebab citra. Nampak tak yang memang saya langsung tak minat nak sertai apa-apa yang berkaitan dengan pertahanan diri ni. Tapi, saya dah nekad dah. Kali ni saya nak belajar sampai habis. Saya nak tamatkan apa yang saya dah mulakan. nampak semangat tu ? 😇

Baru-baru ni saya ada pergi taklimat pencerahan mengenai silat ni. dia bagitahu, silat ni pergerakan dua tangan, dua kaki, dan dipandu oleh satu akal. Masa tu, rasa macam wow! menarik. Seni silat yang saya belajar ni adalah Seni Silat Cekak Malaysia. Awak semua boleh baca tentang asal-usul silat kat sini




Silat ni ada empat kaedah sahaja, iaitu kaedah A,B,C, dan D dalam keadaan berdiri lurus seperti sembahyang. Di sini ada banyak info tentang matapelajaran silat ni.