Wednesday, 6 December 2017

Indahnya Sabar

Apa kau akan buat bila kau marah ?
Apa kau akan buat bila kau tengah sedih ?
Apa kau akan buat bila kau tenagh sakit hati ?

Masa tengah marah, susah untuk kita kawal perasaan kita kan? Mula lah segala bisikan syaiton hasut kita macam-macam. 

Kadang-kadang aku pun sama je, tak terlepas juga daripada hasutan semua tu. Allahuakbar memang mencabar kesabaran.

Aku jarang nak marah-marah orang terus. Aku akan perhati je perangai dia dulu. Kalau perlu tegur, baru tegur. Tapi, aku jenis suka diam je. Lama-lama aku lupa. 

Sebenarnya, kita kena sentiasa set dalam minda kita dengan perkara yang positif. Aku dah lama praktikkan benda ni. Memang menjadi. Apa-apa orang cakap atau buat pada kau, sabar je. langkah terbaik adalah kau berdiam diri. Biarkan dan maafkan. Mula-mula memang rasa nak bagi je, stress tu jangan cakap lah. Kau dengan kerja kau lagi, di tambah pulak dengan ragam manusia yang macam-macam dan suka cabar kesabaran kau kan. Fuhh! Nak menangis rasanya. 

Jangan mudah rasa down dulu !

Fikir. Ada sebab kenapa Allah uji kau macam ni. Dia takkan uji kau dengan sesuatu yang kau tak dapat tanggung. 

Aku selalu cakap pada diri aku, apa-apa masalah yang datang pada aku, tetap akan hilang juga, tetap akan selesai juga. Beza nya sama ada cepat atau lambat. Pujuk hati supaya terus sabar dan palig penting fikirkan benda yang positif sahaja. Of course, kalau rasa nak marah sangat tu cepat fikir benda yang boleh buat kau tersenyum dan istighfar banyak-banyak. InsyaAllah menjadi. 

Ini terjadi pada aku dan aku sendiri dah buat. Lega weh. Kau tak perlu nak rasa marah pada orang lama-lama. Hidup kau pun bahagia. Aman je rasa😄😊😇


Minggu Bahasa

Buat masa sekarang ni memang busy ya amatttt. Dengan assignment, presentation, and macam-macam aktiviti lagi. Ya, aku juga tak ketinggalan dengan semua ni. Kelam kabut juga nak siapkan assignment before deadline. Tambah pulak nak final ni. 

Minggu ni, ada minggu bahasa. Kelas citra aku pun tak terlepas daripada aktiviti ni. Acara dia melibatkan pelajar tempatan dengan pelajar antarabangsa. Khusus aktiviti ni lebih kepada Bahasa Melayu. Lagipun, kelas citra aku ni Komunikasi Lisan Dalam Bahasa Melayu. haaa gituuu

Program akan berlangsung esok 7/12/2017. Jadi hari ni kitorang pergi siap-siapkan apa yang patut dekat DTAMS. Menghias booth masing-masing. Macam-macam aktiviti yang akan dijalankan esok. Yang syoknya dengan pelajar antarabangsa hehehe. 

Ada aktiviti pengucapan awam berdasarkan peribahasa, main congkak, buat somtam, banyak lagi lah!






Tuesday, 5 December 2017

Kita Family

Bekerja ?

Aku rasa almost everyone zaman sekarang ada pengalaman bekerja. Betul kan ? 

Ya, begitu juga dengan aku. Cuma aku diberi kebenaran untuk merasa apa itu "bekerja" masa aku habis form 6. Masa habis SPM dulu ayah tak bagi aku kerja and i dont know why😂 Teringin nak kerja tu memang ada, tapi nak buat macam mana kan, dah ayah tak bagi. 

Lain pulak kesnya bila aku dah habis STPM. Lagi disuruhnya aku cari kerja. 

Yes, aku pun mula cari kerja. Mula-mula aku kerja dekat kedai makan. Kedai makan yang kecil je. Lagipun aku memang dah biasa lepak situ masa zaman sekolah dulu. Dah biasa sangat dengan owner dia. So, minta lah kerja kat situ. Aku kerja situ sekejap je. Tak sampai sebulan hahaha. Sebab aku dah cari kerja dekat tempat lain dengan kawan aku. 

After that, aku kerja dekat kilang. Kilang PNA Technologies. Kilang ni buat wire harness untuk kereta. Dia supply wire floor dengan door kereta Axia dengan Bezza. Baru-baru ni aku dengar dia nak buat untuk Myvi. Tak tahu lah jadi ke tak. Kerja kilang weh. Bayangkan lah penat nya macam mana haa. Kerja pun shift. 

Baru aku sedar betapa susahnya ayah nak cari duit untuk family. Serius kerja dia sangat memenatkan. 

Kilang ni buat wire kan. Hahhh serabut lah otak kau dengan wire yang ada. Kau kena sambung wire tu dengan connector yang betul. Kalau salah, kene reject. Satu harness bukan murah wehh. Cecah 4 angka. Kalau pandai jual, 5 angka pun dapat. Aku tahan kerja dalam dua tiga bulan kot. Aku resign sebab nak sambung belajar hehehe

Satu aku respect pekerja kilang ni. Friendship diorang. Kuat. Kat department kau kene letak, satu conveyer tu kawan kau. Seronok sangat kerja situ. Lagipun, diorang punya kerja tak terlalu tegas. Maksud aku kau boleh lagi sembang-sembang haa. Ada setengah tempat, dia memang tak bagi bising-bising. Output penting. Kerja seharian nak kejar output. Output dapat, tak yah OT. Kalau rajin, kau OT lah. Masyukk juga. 

Aku dengan kawan aku memang rajin gile OT😂

Aku kerja kan tak lama, tapi dah macam family. Hari last aku kerja, diorang siap plan kene kan aku baling dengan tepung. Real weh. Semua pakat tungu depan pagar nak baling tepung. Line Leader pun join! Kitorang memang rapat dengan semua. Tak kira lah tua atau muda. Semua macam family. 






RIMO !

Dulu masa aku kecil, umur 7 tahun sampai 11 tahun, biasalah pergi sekolah agama waktu petang kan. Dulu ada exam UPKK iaitu Ujian Penilaian Kelas KAFA kalau tak silap aku. Sekarang budak-budak ni ada exam SRAI kot. Dulu,aku memang suka pergi sekolah agama tu. Masuk kelas pukul 3 petang. Kadang-kadang belum 2:30 petang pun aku dah excited nak pergi sekolah. Hmm zaman budak-budak memang seronok pergi sekolah dapat jumpa kawan. Dah makin besar ni, nauzubillah pemalas ya rabbi !

Haaa ni kan lepas UPKK tu memang heaven lah sebab tak yah belajar dah😂 Aku ingat lagi, pergi sekolah semata-mata nak karaoke. Ehhh ni karaoke nasyid ni hahaha seronok lahhhhh

Ada satu hari tu ustaz ada buat rombongan Lost World of Tambun, Ipoh. Itu lah first time aku jejak kaki ke sana dan ayah aku bagi hahaha. Umur 11 tahun masa tu. Kau rasa? 

Pergi sana memang best lah. Mandi-mandi, main macam-macam. Tapi, dalam gembira tu, ada tragedi yang jadi. 

Masa tu nak balik dah. Kitorang dah ready nak balik. Aku dengan bestfriend aku, Juwita. Masa Juwita tengah jalan tu, tetiba ada harimau terlepas lari betul-betul ke arah dia. Nasib baik masa tu aku tak bangang sangat panggil Juwita cepat-cepat sebab harimau tu dah dekat. Ni real weh. Bukan reka cerita. Kalau lah aku dia je, tak tahu apa jadi kat kawan aku tu. 

Itulah peristiwa yang masih segar dalam ingatan aku ni haa. Dah lama aku tak jumpa Juwita. Rindu weh zaman kanak-kanak dulu. Happy je. Tak de nak fikir masalah langsung. 

Tak pe. Jangan serabut. Keep your surrounding with positive vibes! 

Saturday, 2 December 2017

Rindu

Setelah hampir sebulan menetap kat kolej ni after balik hari tu, memang rindu sangat nak balik ni.

Nak jumpa ibu
Nak jumpa ayah
Nak jumpa Baby
Nak gi jenjalan

Bagi aku, selagi kau ada masa untuk balik kampung, baliklah. 

Baby...
Adik aku yang bongsu. Lelaki. Baru 5 tahun. Tapi perangai macam orang besar. Ye, percakapan dia memang lancar. Tak de pelat itu ini macam kebanyakan budak kecil. Umur dia 4 tahun pun, dia fasih cakap. Senang nak faham. Mungkin dia dah terbiasa dengar percakapan orang dewasa sekeliling dia. Aku pernah dengar motivasi ke apa aku tak ingat, kalau nak budak kecil tu fasih berbicara, cakap dengan dia guna bahasa biasa kita masa cakap dengan orang lain. Maksudnya, kau tak perlu acah-acah nak pelatkan lidah kau semata nak cakap dengan budak kecik. Apa yang kau ajar dia cakap, itulah hasilnya. Jadi, pada aku, aku praktikkan benda tu pada Baby. Bila aku bercakap dengan dia, aku takkan nak cakap macam bahasa budak kecik. Aku cakap guna pertuturan biasa macam aku cakap dengan orang besar. 

Bila aku call rumah, nak sembang-semabng dengan ibu, mesti aku akan cakap dengan dia sekali. Weh, dia layan aku macam aku kawan dia. Gangster. Asyik marah. Tapi, yang kelakarnya, siap pesan kat aku belajar elok-elok, kat sana jangan nangis, cepat balik. Hahahahahahahahaha😆

Tapi, bila aku ada kat rumah. Allah. Macam tak wujud je aku di buatnya. Buat tak tahu je. Cari gaduh lagi ada lah. 

Ya Allah, rindunya diorang semua. Nak balikkkkkkkkk!

Nota ?

Korang malas buat nota ?

Dah nak final ni mesti stress konon tak study lagi, banyak bab tak cover lagi.

Halahhhhh propa jeeee😏

Aku pun malas nak study bagai ni. Selagi belum esok tu nak exam, jangan harap ada keinsafan dalam diri ni haa. Jangan ikut perangai huduh aku ni. Nanti menyesal tak sudah.

Daripada aku mula-mula masuk sekolah, ya, darjah 1 tu, aku tak pernah nak ngadap buku acah-acah belajar. Belajar bagi aku adalah buat kerja sekolah tu ha. Tu pun kalau aku rasa nak buat lah😂 Teruk nya aku ni😌

TAPI...

Semua berubah bila aku dah masuk Form 6. Orang kata, Form 6 paling susah. Exam dia nombor 3 paling susah di Asia Tenggara (maaf kalau fakta aku salah). Masa kat form 6, sem 1, result aku memang ke laut, lemas semuanya. Terkejut otak aku nak terima macam-macam dalam masa 6 bulan after dah cuti lama gile. Tapi pulun juga lah. Masa kat form 6 baru aku tahu "study" tu macam mana. 

aku dengan bestfriend aku yang juga aku kenal masa form 6, gigih stayback sampai petang. Orang lain sedap balik rumah, kitorang menetap kat sekolah sampai petang. Sebab apa? Sebab aku tahu, kalau aku balik rumah, confirm aku terlentang tidur. Jangan harap nak sentuh buku. Kitorang stayback pun masa nak dekat exam😂😂.




Gambar atas ni antara nota aku masaform 6 dulu. Aku memang suka menconteng. Kawan aku kata, buku orang belajor. belajar angattt.

Tak, sebenarnya, banyak mana usaha kau untuk berjaya, banyak tu lah yang kau dapat. 

Friday, 1 December 2017

IS ENGLISH EASY ?

Are you fluent enough in speaking english? 

Honestly, im not the one who can speak english very very very well!
Yes, maybe I can write, but not in speaking huuu😂

Haa aku ada join satu program yang dianjurkan oleh fakulti aku. Katanya student first year dengan second year kena pergi. So, aku pun pergilah😇

Kali ni, dia bagitahu macam mana nak jadi a good presenter with great presentation and how to attract you audience. So, audience takkan lost focus. 




Latihan Kebakaran De'Kajai

Hari Rabu lepas, ada latihan kebakaran. Malam tu aku ada latihan silat. So, balik lambat. Tak tahu punn ada latihan kebakaran kat kolej. Ada kawan yang bagitahu. Balik daripada beli makanan, semua berkumpul dekat foyer kolej. Keadaan mestilah gelap gelita kan. Lampu semua pada. Siap bomba dengan ambulans datang lagi haa.

Malam tu juga ada simulasi pemadaman api. 



Pak cik Bomba bagitahu, kalau nak padam api kene ikut arah angin. kalau dalam bangunan, pastikan kita tak mengadap pintu. Kalau dah kau guna pemadam api tu hala ke pintu, memang tak jumpa pintu lah. Mati kelemasan hangus dalam bangunan tu ha. Lagi satu, kan korang selalu masak, kadang2 kuali terbakar api besar tu, jangan jirus air lagi, nanti makin besar api tu. Cari lah tuala atau apa-apa kain, basahkan. Lepas tu, tekup kuali tu dengan kain yang basah tu. 


BENGKEL JATI DIRI

Bengkel Jati Diri merupakan program tahunan bagi Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM). Prgram ni berlangsung selama dua hari di Taman Rekriasi Alang Sendayu, Gombak. 





Nak uji kekentalan diri ni ha. Banyak aktiviti yang kitorang buat. And of course ada ice breaking. Aktiviti wajib setiap kem. Tak kisahlah kem apa pun. Mesti ada aktiviti ni. Program ni hanya UKM je. Selalunya akan ada daripada Uni lain, tapi diorang ada exam. 

Dengan ahli yang sikit ni, Program tetap meriah!







Program ni merapatkan lagi hubungan kitorang. 

Hari kedua yang juga merupakan hari terakhir, ada Cekak Race. 
Ada aktiviti air ! Memang suka main air ni 😁






Hahaha untuk mendapat the best shot, terpaksa lompat dalam kolam tu banyak kali haaa. Sampai luka tapak kaki sebab terpijak batu. 

Kumpulan aku, kumpulan Hentakan Harimau. Dapat nombor 3😇