Buat masa sekarang ni memang busy ya amatttt. Dengan assignment, presentation, and macam-macam aktiviti lagi. Ya, aku juga tak ketinggalan dengan semua ni. Kelam kabut juga nak siapkan assignment before deadline. Tambah pulak nak final ni.
Minggu ni, ada minggu bahasa. Kelas citra aku pun tak terlepas daripada aktiviti ni. Acara dia melibatkan pelajar tempatan dengan pelajar antarabangsa. Khusus aktiviti ni lebih kepada Bahasa Melayu. Lagipun, kelas citra aku ni Komunikasi Lisan Dalam Bahasa Melayu. haaa gituuu
Program akan berlangsung esok 7/12/2017. Jadi hari ni kitorang pergi siap-siapkan apa yang patut dekat DTAMS. Menghias booth masing-masing. Macam-macam aktiviti yang akan dijalankan esok. Yang syoknya dengan pelajar antarabangsa hehehe.
Ada aktiviti pengucapan awam berdasarkan peribahasa, main congkak, buat somtam, banyak lagi lah!





No comments:
Post a Comment