Tuesday, 5 December 2017

Kita Family

Bekerja ?

Aku rasa almost everyone zaman sekarang ada pengalaman bekerja. Betul kan ? 

Ya, begitu juga dengan aku. Cuma aku diberi kebenaran untuk merasa apa itu "bekerja" masa aku habis form 6. Masa habis SPM dulu ayah tak bagi aku kerja and i dont know why😂 Teringin nak kerja tu memang ada, tapi nak buat macam mana kan, dah ayah tak bagi. 

Lain pulak kesnya bila aku dah habis STPM. Lagi disuruhnya aku cari kerja. 

Yes, aku pun mula cari kerja. Mula-mula aku kerja dekat kedai makan. Kedai makan yang kecil je. Lagipun aku memang dah biasa lepak situ masa zaman sekolah dulu. Dah biasa sangat dengan owner dia. So, minta lah kerja kat situ. Aku kerja situ sekejap je. Tak sampai sebulan hahaha. Sebab aku dah cari kerja dekat tempat lain dengan kawan aku. 

After that, aku kerja dekat kilang. Kilang PNA Technologies. Kilang ni buat wire harness untuk kereta. Dia supply wire floor dengan door kereta Axia dengan Bezza. Baru-baru ni aku dengar dia nak buat untuk Myvi. Tak tahu lah jadi ke tak. Kerja kilang weh. Bayangkan lah penat nya macam mana haa. Kerja pun shift. 

Baru aku sedar betapa susahnya ayah nak cari duit untuk family. Serius kerja dia sangat memenatkan. 

Kilang ni buat wire kan. Hahhh serabut lah otak kau dengan wire yang ada. Kau kena sambung wire tu dengan connector yang betul. Kalau salah, kene reject. Satu harness bukan murah wehh. Cecah 4 angka. Kalau pandai jual, 5 angka pun dapat. Aku tahan kerja dalam dua tiga bulan kot. Aku resign sebab nak sambung belajar hehehe

Satu aku respect pekerja kilang ni. Friendship diorang. Kuat. Kat department kau kene letak, satu conveyer tu kawan kau. Seronok sangat kerja situ. Lagipun, diorang punya kerja tak terlalu tegas. Maksud aku kau boleh lagi sembang-sembang haa. Ada setengah tempat, dia memang tak bagi bising-bising. Output penting. Kerja seharian nak kejar output. Output dapat, tak yah OT. Kalau rajin, kau OT lah. Masyukk juga. 

Aku dengan kawan aku memang rajin gile OT😂

Aku kerja kan tak lama, tapi dah macam family. Hari last aku kerja, diorang siap plan kene kan aku baling dengan tepung. Real weh. Semua pakat tungu depan pagar nak baling tepung. Line Leader pun join! Kitorang memang rapat dengan semua. Tak kira lah tua atau muda. Semua macam family. 






RIMO !

Dulu masa aku kecil, umur 7 tahun sampai 11 tahun, biasalah pergi sekolah agama waktu petang kan. Dulu ada exam UPKK iaitu Ujian Penilaian Kelas KAFA kalau tak silap aku. Sekarang budak-budak ni ada exam SRAI kot. Dulu,aku memang suka pergi sekolah agama tu. Masuk kelas pukul 3 petang. Kadang-kadang belum 2:30 petang pun aku dah excited nak pergi sekolah. Hmm zaman budak-budak memang seronok pergi sekolah dapat jumpa kawan. Dah makin besar ni, nauzubillah pemalas ya rabbi !

Haaa ni kan lepas UPKK tu memang heaven lah sebab tak yah belajar dah😂 Aku ingat lagi, pergi sekolah semata-mata nak karaoke. Ehhh ni karaoke nasyid ni hahaha seronok lahhhhh

Ada satu hari tu ustaz ada buat rombongan Lost World of Tambun, Ipoh. Itu lah first time aku jejak kaki ke sana dan ayah aku bagi hahaha. Umur 11 tahun masa tu. Kau rasa? 

Pergi sana memang best lah. Mandi-mandi, main macam-macam. Tapi, dalam gembira tu, ada tragedi yang jadi. 

Masa tu nak balik dah. Kitorang dah ready nak balik. Aku dengan bestfriend aku, Juwita. Masa Juwita tengah jalan tu, tetiba ada harimau terlepas lari betul-betul ke arah dia. Nasib baik masa tu aku tak bangang sangat panggil Juwita cepat-cepat sebab harimau tu dah dekat. Ni real weh. Bukan reka cerita. Kalau lah aku dia je, tak tahu apa jadi kat kawan aku tu. 

Itulah peristiwa yang masih segar dalam ingatan aku ni haa. Dah lama aku tak jumpa Juwita. Rindu weh zaman kanak-kanak dulu. Happy je. Tak de nak fikir masalah langsung. 

Tak pe. Jangan serabut. Keep your surrounding with positive vibes! 

Saturday, 2 December 2017

Rindu

Setelah hampir sebulan menetap kat kolej ni after balik hari tu, memang rindu sangat nak balik ni.

Nak jumpa ibu
Nak jumpa ayah
Nak jumpa Baby
Nak gi jenjalan

Bagi aku, selagi kau ada masa untuk balik kampung, baliklah. 

Baby...
Adik aku yang bongsu. Lelaki. Baru 5 tahun. Tapi perangai macam orang besar. Ye, percakapan dia memang lancar. Tak de pelat itu ini macam kebanyakan budak kecil. Umur dia 4 tahun pun, dia fasih cakap. Senang nak faham. Mungkin dia dah terbiasa dengar percakapan orang dewasa sekeliling dia. Aku pernah dengar motivasi ke apa aku tak ingat, kalau nak budak kecil tu fasih berbicara, cakap dengan dia guna bahasa biasa kita masa cakap dengan orang lain. Maksudnya, kau tak perlu acah-acah nak pelatkan lidah kau semata nak cakap dengan budak kecik. Apa yang kau ajar dia cakap, itulah hasilnya. Jadi, pada aku, aku praktikkan benda tu pada Baby. Bila aku bercakap dengan dia, aku takkan nak cakap macam bahasa budak kecik. Aku cakap guna pertuturan biasa macam aku cakap dengan orang besar. 

Bila aku call rumah, nak sembang-semabng dengan ibu, mesti aku akan cakap dengan dia sekali. Weh, dia layan aku macam aku kawan dia. Gangster. Asyik marah. Tapi, yang kelakarnya, siap pesan kat aku belajar elok-elok, kat sana jangan nangis, cepat balik. Hahahahahahahahaha😆

Tapi, bila aku ada kat rumah. Allah. Macam tak wujud je aku di buatnya. Buat tak tahu je. Cari gaduh lagi ada lah. 

Ya Allah, rindunya diorang semua. Nak balikkkkkkkkk!

Nota ?

Korang malas buat nota ?

Dah nak final ni mesti stress konon tak study lagi, banyak bab tak cover lagi.

Halahhhhh propa jeeee😏

Aku pun malas nak study bagai ni. Selagi belum esok tu nak exam, jangan harap ada keinsafan dalam diri ni haa. Jangan ikut perangai huduh aku ni. Nanti menyesal tak sudah.

Daripada aku mula-mula masuk sekolah, ya, darjah 1 tu, aku tak pernah nak ngadap buku acah-acah belajar. Belajar bagi aku adalah buat kerja sekolah tu ha. Tu pun kalau aku rasa nak buat lah😂 Teruk nya aku ni😌

TAPI...

Semua berubah bila aku dah masuk Form 6. Orang kata, Form 6 paling susah. Exam dia nombor 3 paling susah di Asia Tenggara (maaf kalau fakta aku salah). Masa kat form 6, sem 1, result aku memang ke laut, lemas semuanya. Terkejut otak aku nak terima macam-macam dalam masa 6 bulan after dah cuti lama gile. Tapi pulun juga lah. Masa kat form 6 baru aku tahu "study" tu macam mana. 

aku dengan bestfriend aku yang juga aku kenal masa form 6, gigih stayback sampai petang. Orang lain sedap balik rumah, kitorang menetap kat sekolah sampai petang. Sebab apa? Sebab aku tahu, kalau aku balik rumah, confirm aku terlentang tidur. Jangan harap nak sentuh buku. Kitorang stayback pun masa nak dekat exam😂😂.




Gambar atas ni antara nota aku masaform 6 dulu. Aku memang suka menconteng. Kawan aku kata, buku orang belajor. belajar angattt.

Tak, sebenarnya, banyak mana usaha kau untuk berjaya, banyak tu lah yang kau dapat. 

Friday, 1 December 2017

IS ENGLISH EASY ?

Are you fluent enough in speaking english? 

Honestly, im not the one who can speak english very very very well!
Yes, maybe I can write, but not in speaking huuu😂

Haa aku ada join satu program yang dianjurkan oleh fakulti aku. Katanya student first year dengan second year kena pergi. So, aku pun pergilah😇

Kali ni, dia bagitahu macam mana nak jadi a good presenter with great presentation and how to attract you audience. So, audience takkan lost focus. 




Latihan Kebakaran De'Kajai

Hari Rabu lepas, ada latihan kebakaran. Malam tu aku ada latihan silat. So, balik lambat. Tak tahu punn ada latihan kebakaran kat kolej. Ada kawan yang bagitahu. Balik daripada beli makanan, semua berkumpul dekat foyer kolej. Keadaan mestilah gelap gelita kan. Lampu semua pada. Siap bomba dengan ambulans datang lagi haa.

Malam tu juga ada simulasi pemadaman api. 



Pak cik Bomba bagitahu, kalau nak padam api kene ikut arah angin. kalau dalam bangunan, pastikan kita tak mengadap pintu. Kalau dah kau guna pemadam api tu hala ke pintu, memang tak jumpa pintu lah. Mati kelemasan hangus dalam bangunan tu ha. Lagi satu, kan korang selalu masak, kadang2 kuali terbakar api besar tu, jangan jirus air lagi, nanti makin besar api tu. Cari lah tuala atau apa-apa kain, basahkan. Lepas tu, tekup kuali tu dengan kain yang basah tu. 


BENGKEL JATI DIRI

Bengkel Jati Diri merupakan program tahunan bagi Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM). Prgram ni berlangsung selama dua hari di Taman Rekriasi Alang Sendayu, Gombak. 





Nak uji kekentalan diri ni ha. Banyak aktiviti yang kitorang buat. And of course ada ice breaking. Aktiviti wajib setiap kem. Tak kisahlah kem apa pun. Mesti ada aktiviti ni. Program ni hanya UKM je. Selalunya akan ada daripada Uni lain, tapi diorang ada exam. 

Dengan ahli yang sikit ni, Program tetap meriah!







Program ni merapatkan lagi hubungan kitorang. 

Hari kedua yang juga merupakan hari terakhir, ada Cekak Race. 
Ada aktiviti air ! Memang suka main air ni 😁






Hahaha untuk mendapat the best shot, terpaksa lompat dalam kolam tu banyak kali haaa. Sampai luka tapak kaki sebab terpijak batu. 

Kumpulan aku, kumpulan Hentakan Harimau. Dapat nombor 3😇





Wednesday, 29 November 2017

Penutupan SUKEM

SUKEM dah tiba pada penutupannya. Hari tu kan sempat pergi tengok silat je. Kali ni, aku nak tengok penutupan dia pulak. Nice weh nice. 









Kajai dapat 4 emas😊 ohh yaa! kolej Rahim Kajai kan kolej kebudayaan. Kolej sukan ni Kolej Aminuddin Baki. So, memang diorang lah yang bolot semua😂. Tak pe, as long as we enjoy it! oh yeahhh😍

AKU DAH IJAZAH!

Aku baru je lepas ijazah ni haa. Yahuuuuuu😆 




Tak, sebenarnya aku ijazah dalam silat 😆 hehehe. Dalam silat ni sebelum nak menuntut ilmu, kena minta restu orang kata haa tambah dengan guru kita. sebenarnya, kalau ikut syarat, sebelum nak belajar silat kena ijazahkan dulu. Kalau tak, tak boleh belajar lagi. 






2nd UKMWAF

Baru-baru ni UKM adakan UKM World Art Festival. And yes, melibatkan banyak negara seperti Jepun, Somalia, Kazakhstan, Mozambique, Mexico, Filipina, and of course ada Malaysia!

Yang bagusnya program macam ni, kita dapat tahu tarian, alat muzik, dan budaya negara lain haaa. 


Tempat duduk memang tak cukup. At first, kitorang kene tengok daripada pintu masuk tu. Lepas tu, baru naik atas. Tu pun sama je, tempat duduk tak de juga. Lastnya, kitorang duduk kat tangga 😂 







Program tu habis dalam pukul 11:30 malam. Paling best, esok tu exam hahaha kelam kabut balik study pulak ! 

Tuesday, 28 November 2017

SILAT SUKEM



Ni masa pertandingan silat untuk SUKEM. Habis je exam, terus datang Dewan Gemilang nak tengok silat. Gigih woii. Nampak kan semangat kesukanan kat situ. penyokorng tegar Kajai ni😂



Lagipun, ni je yang sempat tengok. Sukan lain tak dapat tengok sebab ada komitmen lain. cewaahhhh😄. Nasib baik bilik aku dengan padang. so, view padang tu boleh tengok daripada bilik je. Dapat lah jenguk-jenguk kepala haa tengok diorang main sofball.







Wednesday, 15 November 2017

Transformasi Hati


Assalamualaikum.
Hari ni saya pergi dengar syarahan Prof. Muhaya dekat Pusat Siswazah UKM😊. Sebenarnya, syarahan tu untuk staf kat UKM. Tapi, disebabkan pagi tadi saya memang ada kelas dekat Pusat Siswazah, jadi pensyarah saya suruh datang masuk dengar syarahan tu. Honestly, memang banyak input yang saya dapat. 

Rasanya, semua sedia maklum yang Prof. Muhaya ni memang pakar mata. Seronok dengar dia bagi talk. Banyak benda yang kita tak tahu terutamanya berkaitan dengan emosi kita. Apa dari dalam diri kita, yang terlintas dalam diri kita, ia akan keluar macam tu juga lah. 

Kita patut kuasai diri kita dengan aura yang positif, barulah roh kita jadi kuat. Prof ada tunjuk, kalau kita menipu, mengutuk, atau segala benda yang negatif pada diri kita, automatically, dalaman kita akan jadi lemah, roh kita jadi lemah. Tapi, bila kita sentiasa kelilingkan diri kita dengan aura positif, MasyaAllah, dalaman kita akan jadi kuat, hati kita pun bersih.

Lagi satu, badan kita pun akan jadi lemah kalau terlalu banyak gula. Prof ada tunjuk demo dimana, sebelah tangan pegang air putih, da sebelah lagi kita buat tangan kita gaya yoga tu. Bila sebelah tangan yang memegang air putih ni, tangan yang buat gaya yoga ni jadi susah nak dibuka. Sebaliknya, kalau tangan kita memegang gula-gula, secara automatik jari kita tu mudah untuk dibuka. Kalau tak percaya, cuba lah buat. Buat dua orang. Minta partner awak tu cuba buka jari awak 😊

Tak rugi kalau dengar talk daripada Prof Muhaya. So, secara keseluruhannya, kita perlu sentiasa bersangka baik, positif, sentiasa maafkan orang, insyaAllah hati akan jadi lebih tenang. 

Tuesday, 14 November 2017

Majlis Penghargaan dan Kesyukuran 2017





 Inilah wajah-wajah yang banyak membantu semasa di Tingkatan 6 dulu. Daripada tak tahu apa-apa masa semester 1 sampai dah mberjaya masuk universiti. Macam-macam kerenah kami yang rasanya tak semua mampu layan😂

Sebenarnya, sampai sekarang macam tak percaya dapat belajar sampai ke tahap ni. Bersyukur sangat-sangat. Keputusan yang ke laut masa semester 1, otak bagai nak gile,stress masa semester 2, dan semester 3 yang agak kelam kabut sebab kerja kursus. Semua tu kenangan. Ya, kenangan yang indah. Kenangan yang tak semua orang dapat rasa. 



  Ni je wakil daripada kelas aku yang dapat datang masa Hari Kesyukuran 😄



Tak pernah kenal pun siapa diorang. Tu lah dia orang kata, tak kenal maka tak cinta kan. Bila dah kenal, tahu ragam masing-masing, Ya Allah, sabar je lah melayan kerenahnya ni. Terlalu banyak kenangan kita sampai aku rasa kita tak de bergaduh langsung. 

Sekarang, hampir semua dalam kelas kita berjaya masuk U. Alhamdulillah.